eKelas Minggu ke-19 (Projek Tahun Akhir)

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 - 27 Julai yang lepas, seramai 15 pelajar sekolah telah menyertai kelas eKelas yang dianjurkan oleh Maxis secara percuma kepada pelajar. Antara subjek yang diajarkan ialah Bahasa English, Matematik dan Sains. Antara yang menariknya pada minggu ini, pelajar diminta untuk mengikuti Pertandingan Menulis Essai Bahasa Inggeris bermula pada tarikh 26 Julai 2019 – 11 Ogos 2019 bersempena dengan penggumpulan markah ko-kurikulum bagi pelajar yang menyertainya.
Untuk subjek Matematik dan Sains, terdapat beberapa projek tahun akhir yang pelajar perlu lengkapkan bagi melayakkan diri untuk memenangi hadiah menarik yang bakal dimenangi. Antara projek tahun akhir adalah seperti mencipta payung terjun, model bumi, membina lapisan matahari, cabaran bangunan tahan gempa bumi dan sebagainya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali